Gambarajah diatas menunjukkan perbandingan diantara jenis perlindungan insuran kenderaan. Biasa kalau kita nak renew insuran / takaful kenderaan dengan Takaful Etiqa kita ada 3 pilihan.

  1. Comprehensive
  2. Third Party
  3. Third Party, Fire & Theft

Untuk coverage comprehensive, ia bergantung kepada umur, jenis kenderaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan lokasi. Sekiranya kenderaan baru, tiada masalah untuk mendapatkan coverage komprehensif kerana kebanyakan kenderaan terkini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti alarm, gear lock, abs dan lain-lain teknologi keselamatan.

Keadaan kawasan parking yang selamat juga memainkan peranan. Sekiranya kawasan yang terdedah kepada risiko kecurian dan kerosakan meningkatkan harga premium insuran.

Tapi yelah, tak semua nak ambl comprehensive. Apa yang penting bergantung kepada perancangan kita. Kalau kita mampu untuk menanggung kos selenggara kenderaan sendiri boleh je ambil insuran third party. Kalau untuk kenderaan klasik seperti motor dan kereta antik sudah tentu third party sahaja.

Kami sebagai ejen memang mencadangkan yang terbaik untuk tuan / puan, dan menerima apa jua keputusan tuan / puan. Apa yang penting jangan tangguh2 sehingga lebih setahun, nanti jadi lebih rumit nak renew roadtax ya.