Pernahkah anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dua buah atau lebih kenderaan?
Bagaimana anda menyelesaikan tuntutan akibat kemalangan berkenaan?

Ada sesetengah orang memilih untuk menyelesaikan isu tuntutan sendiri dengan membayar jumlah tuntutan akibat kemalangan kepada orang yang berkenaan. Tetapi sebenarnya apabila kita berbuat demikian sebenarnya kita terdedah kepada banyak risiko sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal.

Berikut adalah 4 sebab utama kenapa mereka memilih untuk tidak membuat laporan polis.

  1. NCD Kosong
    • Mengelakkan kesan kepada NCD. Jika berlaku kemalangan NCD akan menjadi kosong semula, tiada lagi diskaun untuk premium insuran akan datang.
  2. Tiada Masa
    • Proses untuk claim insuran / takaful mengambil masa. Ada antara pihak yang tidak mahu menunggu lama untuk proses claim especially pihak yang bersalah.
  3. Ada Wang
    • Tiada masa dan ada wang juga mendorong untuk selesaikan kes diluar.
  4. Melakukan kesalahan undang-undang
    • Ada sesetengah kes, melakukan kesalahan undang-undang seperti roadtax mati, tidak mempunyai lesen dan pelbagai kesalahan lagi yang boleh menyebabkan mereka dikenakan hukuman lebih berat.

Tiada masalah sekiranya anda selesaikan diluar. Cuma sekiranya anda berbuat demikian anda harus tahu akibatnya.

Jadi apa kemungkinan boleh berlaku jika TIADA LAPORAN POLIS berkaitan kemalangan?

  1. Tidak boleh claim
    • Anda tidak boleh claim langsung daripada syarikat takaful / insuran.
  2. Tiada Warranty
    • Sebarang masalah yang timbul selepas proses penyelesaian sendiri tiada warranty. Ini bermaksud walaupun anda telah selesai membuat pembaikian kenderaan anda, tiada pihak yang akan memberi jaminan. Anda perlu selesaikan sendiri.
  3. Tuntutan tidak perlu
    • Kadangkala ada yang menuntut claim pembaikian yang tidak perlu. Kia langgar belakang kereta, tetapi diminta baiki yang didepan yang tidak terlibat ketika kemalangan.
    • Anda juga terdedah kepada ugutan dan tuntutan lain yang tidak dijangka.
  4. Charge Lebih Tinggi
    • Bila tiada insuran / takaful boleh jadi bengkel charge lebih rendah atau lebih tinggi. Jadi berhati-hati.

Jadi tepuk dada tanya selera. Lihat kondisi anda dari segi masa, kewangan, undang-undang dan lain. Jika anda mengenali orang yang melanggar atau dilanggar, mungkin penyelesaian diluar tiada masalah. Sebaliknya anda perlu berhati-hati. Ramai yang takut NCD hilang, tapi terganggu pula dengan isu lain.

Apa pun kami doakan yang terbaik untuk semua. Semoga tuan / puan selamat sampai ke destinasi.